Monday, November 26, 2012

PULANG KE KAMPUNG

     Pada 23-11-2012 saya telah pulang ke kampung saya yang terletak di Johor .Saya berjumpa dengan saudara-mara saya di sana.Datuk saya ada membela lembu,kambing,angsa,ayam dan itik di sana.Pada 26-11-2012 saya telah pulang semula ke KUALA LUMPUR.Saya berasa seronok dapat melawat saudara-mara saya di kampung walaupun hanya untuk tiga hari.Saya harap pada cuti sekolah yang akan datang saya akan pulang semula ke kampung saya.

Monday, November 5, 2012

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

                       
 LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PETALING 1 DI KEM                WIRA JAYA SUNGAI CONGKAK
                                                                                                        
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2 november hingga 3 november 2012 bertempat di KEM WIRA JAYA SUNGAI CONGKAK. Seramai 27 orang pelajar telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali, gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.
Melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam pendidikan.
Unit Kokurikulum SKP 1 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit dapur gas.

DILAPORKANOLEH: (MUHD AIRIL FIKRI)

 TARIKH:6 NOVEMBER 2012

sejarah sekolah petaling 1

                                                               SEJARAH

 
Sejarah Sekolah Kebangsaan Petaling 1 ini berhubung rapat dengan sejarah Kampung Petaling yang berada di antara Kuala Lumpur dan Kelang.Tempat perhentian sepanjang Sungai Kelang iaitu Batu Tiga lebih dikenali sebagai Damansara pada masa kini adalah antara kawasan terawal yang telah dibuka  sebagai kampung sebelum Kampung Petaling. Apabila penduduk kampung di kawasan Batu Tiga bertambah ramai, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah Melayu di sana pada tahun 1908.Pada masa itu kanak dari Kampung Petaling terpaksa ke Batu Tiga dengan meniki kereta api untuk bersekolah.
Namun,apabila penduduk Kampung Petaling bertambah ramai, mereka telah meminta Pejabat Pelajaran  Selangor supaya membina sekolah Melayu di Petaling.Tidak lama selepas itu, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah di Petaling ini dengan menyewa sebuah rumah daripada Tuan Haji Baharudin yang berdekatan dnegan Perhentian Kereta Api  Petaling.
            Sekolah tersebut telah dirasmikan pembukaanya pada 7 April 1914 dan seorang Guru Besar iaitu Allahyarham Cikgu Kasim bin Lebai  telah ditugaskan mengajar . Hanya 9 orang murid lelaki sahaja yang mendaftar semasa pembukaanya.Kebanyakkan  murid–murid tersebut pernah ber sekolah di Batu Tiga sebelum perpindah ke sekolah ini.
             
           Selepas dua bulan beroperasinya sekolah ini, murid-murid telah bertambah kepada 56 orang.Pada akhir tahun 1914 jumlah murid telah meningkat kepada 58 orang.Antara 58 oreang murid pada tahun pertama itu,didapati 15 orng murid dapat menamatkan persekolahan Darjah 5,iaitu darjah tertinggi dalam Sekolah Melayu sebelum Perang dunia yang ke-2.
            Oleh kerana bangunan sekolah itu bangunan yang tetap yang bertempat  di Lot No.811 pada tahun 1916.Tapak bangunan ini letaknya di simpang tiga jalan iaitu Kuala Lumpur, Kelang dan Jalan Stesen Petaling bersetentang denagan Pejabat Pos  Petaling.
            Bilangan murid telah bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1926,bangunan yang sedia telah di tambah 50 kaki lagi menjadikan bentuk bangunannya seperti huruf “L”
            Selepas Perang Dunia yang ke-2,jumlah murid–muridnya telah berlipat kali ganda ramainya.Bangunan-bangunan yang sempit terpaksa di tambah lagi untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai.
            Oleh hal yang demikian, penduduk Petaling telah mendirikan beberapa buah sekolah sementara untuk menampung jumlah murid. Pada tahun 1948,sebuah bangunan 22x90kaki telah dibina.Pada tahun 1954,sebuah lagi bangunan18x28 kaki dibina.Pada tahun 1955 di tambah lagi sebuah bangunan dengan seluas 36x30 kaki.Pada tahun 1956,ketika itu sekolah Melayu telah mengadakan kelas percuma yang disebut “National Stream “ dan kerajaan telah menambah sebuah lagi bangunan untuk menampung kelas tersebut. Walaupun demikian,keadaan sekolah Melayu di Petaling ini masih  lagi sempit lagi sempit.
             Pada tahun 1960, didapati jumlah murid-muridnya telah meningkat kepada hampir 900 orang dengan bantuan guru seramai 36 orang.Oleh kerana bangunan sekolah ini sempit,maka sekolah telah mengadakan dua sesi  untuk pembelajaran,iaitu sesi pagi dan juga sesi petang.Awal tahun 1964 barulah dikemukakan membina bangunan baharu ini.

keselamatan makmal komputer di sekolah

            
    Antara keselamatan makmal di sekolah saya ialah kita tidak boleh menyentuh sebarang peralatan elektrik seperti suiz komputer.
2.dilarang mengetuk sebarang peralatan elektrik.
3.dilarang menggunakan komputer jika tangan  basah.
4.pelajar dilarang membawa disket persendirian yang tidak dibenarkan oleh guru.
5.pelajar harus mengikut had masa yang ditetapkan oleh guru.
6.semua suiz haruslah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.
7.tingkap dan pintu makmal haruslah dipasng jeriji.
8.latihan kebakaran haruslah diadakan dua kali sebulan.

peraturan di makmal komputer sekolah saya


Antara peraturan-peraturan di makmal komputer sekolah saya ialah pengguna tidak dibenarkan masuk tanpa izin.
2.pengguna harus mengikut jadual waktu penggunaan komputer yang disediakan
3.pengguna dilarang membuat bising di makmal komputer
4.alat tulis yang dibenaran sahaja boleh dibawa
5.pengguna dilarang membawa makanan ke dalam makmal komputer
6.kasut dan beg diletak dan disusun di luar makmal komputer
7.pengguna harus menjaga kebersihan makmal komputer
8.pengguna harus mancatit nama di dalam buku log penggunaan komputer
9.pengguna dilarang melayari internet pada alamat yang tidak bermoral
10.pengguna dilarang membawa sebarang dokumen atau fail dari makmal komputer sekolah

Sunday, November 4, 2012

Best Of Just For Laughs Gags - Funniest Gorilla and Mouse Pranks

Cuba Jangan Gelak Part 2 - Rifbook.com

Cuba Jangan Gelak - Rifbook.com

apakah itu enjin carian


  Enjin carian ialah laman pengkalan data yang berfungsi untuk memberi maklum balas terhadap keyword atau frasa yang ke dalam ruangan yang disediakan enjin carian juga ialahsistem yang digunakan untuk mencari maklumat.Hasil carian akan dipaparkan pada SERP atau bahasa malaysianay ialah hasil muka carian dalam enjin carian.sesetengah enjin carian akan mengindeks nama kandungan sahaja,sesetengah enjin carian pula hanya akan memaparkan nama tajuk halaman sahaja.