Monday, February 10, 2014

karangan tidak rasmi tentang sekolah saya

No,2 JalanP11A1/11
                                                                                                                                   Presint 11,62300,
                                                                                                                                   Wilayah     Persekutuan,
                                                                                                                                   Putrajaya.
     Menemui saudari Shasha yang berada di Kota Kinabalu,Sabah.Apa khabar saudari di sana?Semoga saudari sihat selalu di samping keluarga tercinta.Kami sekeluarga di sini sihat .

     Saudari,
     Tujuan saya menghantar surat ini adalah untuk menceritakan tentang sekolah baru saya di sini.Saya kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nanas,Kuala Lumpur.Saya dimasukkan ke sekolah ini kerana bapa saya terpaksa berpindah tempat kerja di Kuala Lumpur.Saya di sini amat merindui saudari.

   Sahabatku yang disayangi,
   Pada mulanya,saya berfikir yang saya tidak akan mendapat kawan baru di sini.Tapi,itu salah.Kawan-kawan di sini amat peramah,baik hati dan bijak.Merekalah yang membantu saya untuk menyesuaikan diri di sekolah itu.Saya amat suka pada mereka kerana mereka melayan saya dengan baik.Saya amat menyenangi mereka.

   Kelas di sini amat bersih,cantik,selamat dan ceria.Kelasnya membuatkan saya lebih bersemangat dan selesa untuk belajar.Murid-muridnya sangat sukakan kebersihan dan kekemasan.Mereka akan mengutip sampah yang bertaburan.Mereka sering memenangi anugerah kelas terbersih,tercantik dan terceria.

   Saudari,
   Sekolah ini juga mempunyai bilik-bilik khas seperti makmal matematik,bilik muzik dan makmal komputer.Makmal komputer di sini amat canggih.semua warga sekolah yang  menggunakan kemudahan ini tidak menyalah gunakan kemudahan yang diberi oleh pihak kerajaan.

   Kawanku,
   Sampai di sini sahaja saya menulis surat ini.Saya ingin meminta maaf andai kata tersilap kata.Saya berharap awak akan mendapat kawan baru untuk menggantikan saya.


   Sekian,terima kasih.