Wednesday, August 6, 2014

Teknologi-teknologi yang mungkin ada pada masa hadapan dan fungsinya

                Pada 30 tahun akan datang,kita akan dapat melihat pelbagai teknologi-teknologi yang terbaru.Kebanyakan teknologi-teknologi tersebut akan dapat membantu kita dalam melakukan tugasan harian.Teknologi-teknologi itu akan meringankan beban kita dalam melakukan tugasan harian.
                Antara ciptaan yang dapat membantu kita melakukan tugasan harian ialah penyapu automatik.penyapu automatik dapat membantu kita menyapu kerana kita tidak perlu memegang penyapu untuk menyapu .Dengan adanya penyapu automatik,kita tidak perlu bersusah-payah untuk menyapu kerana penyapu automatik mempunyai pengesan yang dapat mengesan sebarang habuk.
                Ciptaan seterusnya ialah papan luncur terbang.Papan luncur terbang dapat memberikan keseronokan kepada remaja yang gemar bermain papan luncur.Papan luncur terbang juga dapat digunakan untuk pergi ke mana-mana sebagai kenderaan.
                Selain itu,robot pembantu juga dapat menolong kita melakukan kerja-kerja berat seperti memasak,mencuci pakaian,membaiki kereta dan sebagainya.Robot pembantu diaktifkan  menggunakan tenaga suria dan tenaga elektrik.Robot pembantu hanya perlu dicas sekali setiap 10 tahun.
                Seterusnya ialah pen automatik.Pen automatik dapat menulis apa sahaja yang kita fikirkan dengan cepat.Jadi,pelajar tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyalin nota atau menyiapkan kerja rumah.Pen ini dapat digunakan selama 7 tahun sehingga ia rosak atau kehabisan dakwat.

                Akhir sekali ialah kereta selam.Kereta ini dapat digunakan di daratan dan di lautan.Kereta ini tidak mengeluarkan asap jadi ia tidak akan merosakkan alam sekitar.Kereta ini menggunakan tenaga alam semulajadi seperti tenaga suria,tenaga air,tenaga angin dan sebagainya.