Monday, September 7, 2015

Perjanjian Persekutuan 1895

Kesan persetian persekutuan

Terdapat pelbagai kesan daripada Persetiaan Persekutuan 1895 terhadap negeri-negeri Melayu. Antaranya adalah pentadbiran yang seragam, kemerosotan kuasa mutlak Sultan dan Residen, kemajuan perkhidmatan sosial dan kemajuan dalam bidang ekonomi.
Kesan utama Persetiaan Persekutuan 1895 adalah mewujudkan pentadbiran yang seragam.Kuasa baru iaitu Residen Jeneral telah ditubuhkan bagi menggantikan sistem Residen yang lemah.Sir Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral pertama yang dilantik British untuk mentadbir negeri-negeri Melayu Bersekutu.Residen Jeneral merupakan kerajaan pusat dimana Residen Jeneral memiliki kuasa penuh dalam bidang pentadbiran.Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, sistem pertadbiran kastam,perhutanan, hal-ehwal orang cina, kerja raya dan keretapi ditubuhkan.
Selain itu, kesan persetiaan persekutuan adalah kemerosotan kuasa Sultan dan kuasa Residen.Sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan setiap Residen termasuk Ahli Mesyuarat Negeri pada setiap jajahan kini diberikan panduan untuk mentadbir.Kesemua kuasa yang dimaksudkan kini tertakluk kepada arahan Residen Jeneral. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.Manakala Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri pula kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.
Penubuhan Persetiaan Persekutuan juga telah meningkatkan kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya.Contohya, pentadbiran yang cekap telah membuahkan hasil apabila pelabur dari luar negara berani membuat pelaburan justeru meningkatkan ekonomi Negeri Negeri Melayu Bersekutu.Selain itu, kemudahan pengangkutan seperti pembinaan kereta api dan jalan raya yang menghubungkan antara Negeri Negeri Melayu Bersekutuan juga telah memudahkan urusan perdagangan.Oleh itu, kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam serta hubungan pengangkutan yang baik.

Kesan lain penubuhan Persetiaan Persekutuan adalah mewujudkan kemajuan perkhidmatan sosial.Pihak British telah menubuhkan kemudahan sosial seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan.Dalam bidang pengangkutan, pembinaan kereta api pada tahun 1903 yang menhubungkan dari Seberang Perai ke Seremban ke Johor Bahru.Dalam bidang pendidikan, beberapa sekolah Melayu, Tamil, Cina serta Sekolah Inggeris diwujudkan bagi memberikan pendidikan yang secukupnya kepada rakyat. Selain itu dalam bidang kesihatan pula, beberapa buah Klinik turut dibuka.



Pengenalan dan latar belakang perjanjian persekutuan

Negara Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan konsep persekutuan yang kukuh dalam sistem pentadbiran negara.Konsep Persekutuan (Federalisme) telah digunapakai sejak termeterainya perjanjian Persetiaan Persekutuan pada 12 Julai 1895. Pada masa kini konsep Persekutuan boleh dilihat dimana kesemua 14 negeri di Malaysia ditadbir dibawah satu kerajaan pusat yang berpusat di Kuala Lumpur.Pertadbiran Persekutuan yang diperkenalkan sejak zaman jajahan British ini telah memudahkan pentabdiran Malaysia dibawah satu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dengan wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain. Selain itu, sistem pentadbiran persekutuan juga dapat menjimatkan masa, kewangan, tentera serta pentadbiran yang lebih seragam.
Latar belakang Penjanjian Persetiaan Persekutuan telah dimeterai sejak 12 Julai 1895 melibatkan beberapa negeri dibawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.Keempat-empat jajahan British ini pada awalnya menggunakan sistem Residen untuk mentaddir disetiap daerah.Namun kelemahan sistem residen telah menyebabkan Sir Frank Swettenham (Residen Jeneral) mencadangkan penubuhan kerajaan Persekutuan untuk mentadbir ke empat-empat jajahan takhluk dibawah Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Dengan penubuhan Kerajaan Persekutuan, kuasa Residen termasuk kuasa mutlak Sultan dimansuhkan.



Faktor pemeteraian perjanjian persekutuan
Terdapat empat faktor utama yang menjadi punca utama pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895. Antara 4 faktor tersebut adalah Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen, Krisis Kewangan Pahang, Perkongsian Perkhidmatan Pakar, Faktor Keselamatan dan Sistem Perhubungan.
Kelemahan sistem Residen antara salah satu faktor terjadinya perjanjian Persekutuan 1895. Sistem Residen adalah meletakkan satu kuasa petabdiran iaitu Residen bagi menggantikan kuasa Mutlak Sultan di empat jajahan Bristish dibawah Negeri Negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor, Pahang, Melaka dan Perak. Pada awalnya Residen memainkan peranan sebagai penasihat Sultan. Dibawah sistem ini, Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas mentabdir negeri Melayu. Justeru, menyebabkan Residen lebih berkuasa menyebabkan Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen. Selain itu, pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri. Contohnya di Perak, Residen J.W.W Birch pada November 1874 telah dibunuh oleh orang melayu gara-gara beliau melaksanakan undang-undang sendiri. Orang melayu tidak menyenagi JWW Birch kerana Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu.
Antara faktor lain adalah Krisis Kewangan Pahang. Negeri Pahang terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana kebangkitan rakyat menentang British.Selain itu juga, Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang.Dengan menggabungkan negeri Pahang dengan negeri yang kaya, masalah kewangan dapat diringankan.Oleh itu, Britih telah menggabungkan Pahang dengan Selangor, Perak dan Negeri Sembilan dibawah satu kerajaan persekutuan.
Faktor keselamatan juga antara salah satu faktor penyumbang kepada Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895.Kerajaan British bercadang mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman kuasa luar dan dalam.Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut.Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British tanpa meminta bantuan dari luar.
Perkongsian Perkhimatan Pakar juga antara faktor yang membentuk persekutuan bagi negeri negeri melayu bersekutu.British ingin mengabungkan negeri negeri Melayu agar dapat menjimatkan kos tenaga pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor.Selain itu, sistem perhubungan diantara negeri negeri Melayu Bersekutu dapat dimajukan. Contohnya seperti pelaksanaan jalan raya dan kereta api boleh dilaksanakan sekiranya pentadbiran persekutuan ditubuhkan.Ini kerana sistem perhubungan hanya boleh berlaku jika ada persefahaman diantara dua buah kuasa.