Monday, November 26, 2012
Monday, November 5, 2012
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK
PETALING 1 DI KEM WIRA
JAYA SUNGAI CONGKAK
Perkhemahan
Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya
pada 2 november hingga 3 november 2012 bertempat di KEM WIRA JAYA SUNGAI
CONGKAK. Seramai 27 orang pelajar telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun
perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti
tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali,
gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.
Melalui
aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk
jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang
mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam
pendidikan.
Unit
Kokurikulum SKP 1 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini.
Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit
dapur gas.
DILAPORKANOLEH:
(MUHD AIRIL FIKRI)
TARIKH:6 NOVEMBER 2012
sejarah sekolah petaling 1
SEJARAH
Sejarah Sekolah Kebangsaan
Petaling 1 ini berhubung rapat dengan sejarah Kampung Petaling yang berada di
antara Kuala Lumpur dan Kelang.Tempat perhentian sepanjang Sungai Kelang iaitu
Batu Tiga lebih dikenali sebagai Damansara pada masa kini adalah antara kawasan
terawal yang telah dibuka sebagai
kampung sebelum Kampung Petaling. Apabila penduduk kampung di kawasan Batu Tiga
bertambah ramai, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah Melayu di sana
pada tahun 1908.Pada masa itu kanak dari Kampung Petaling terpaksa ke Batu Tiga
dengan meniki kereta api untuk bersekolah.
Namun,apabila penduduk
Kampung Petaling bertambah ramai, mereka telah meminta Pejabat Pelajaran Selangor supaya membina sekolah Melayu di
Petaling.Tidak lama selepas itu, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah
di Petaling ini dengan menyewa sebuah rumah daripada Tuan Haji Baharudin yang
berdekatan dnegan Perhentian Kereta Api
Petaling.
Sekolah
tersebut telah dirasmikan pembukaanya pada 7 April 1914 dan seorang Guru Besar
iaitu Allahyarham Cikgu Kasim bin Lebai
telah ditugaskan mengajar . Hanya 9 orang murid lelaki sahaja yang
mendaftar semasa pembukaanya.Kebanyakkan
murid–murid tersebut pernah ber sekolah di Batu Tiga sebelum perpindah
ke sekolah ini.
Selepas dua bulan beroperasinya
sekolah ini, murid-murid telah bertambah kepada 56 orang.Pada akhir tahun 1914
jumlah murid telah meningkat kepada 58 orang.Antara 58 oreang murid pada tahun
pertama itu,didapati 15 orng murid dapat menamatkan persekolahan Darjah 5,iaitu
darjah tertinggi dalam Sekolah Melayu sebelum Perang dunia yang ke-2.
Oleh
kerana bangunan sekolah itu bangunan yang tetap yang bertempat di Lot No.811 pada tahun 1916.Tapak bangunan
ini letaknya di simpang tiga jalan iaitu Kuala Lumpur, Kelang dan Jalan Stesen
Petaling bersetentang denagan Pejabat Pos
Petaling.
Bilangan
murid telah bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1926,bangunan yang sedia
telah di tambah 50 kaki lagi menjadikan bentuk bangunannya seperti huruf “L”
Selepas
Perang Dunia yang ke-2,jumlah murid–muridnya telah berlipat kali ganda ramainya.Bangunan-bangunan
yang sempit terpaksa di tambah lagi untuk menampung jumlah murid yang semakin
ramai.
Oleh hal
yang demikian, penduduk Petaling telah mendirikan beberapa buah sekolah
sementara untuk menampung jumlah murid. Pada tahun 1948,sebuah bangunan
22x90kaki telah dibina.Pada tahun 1954,sebuah lagi bangunan18x28 kaki
dibina.Pada tahun 1955 di tambah lagi sebuah bangunan dengan seluas 36x30
kaki.Pada tahun 1956,ketika itu sekolah Melayu telah mengadakan kelas percuma
yang disebut “National Stream “ dan kerajaan telah menambah sebuah lagi
bangunan untuk menampung kelas tersebut. Walaupun demikian,keadaan sekolah
Melayu di Petaling ini masih lagi sempit
lagi sempit.
Pada tahun 1960, didapati jumlah
murid-muridnya telah meningkat kepada hampir 900 orang dengan bantuan guru
seramai 36 orang.Oleh kerana bangunan sekolah ini sempit,maka sekolah telah
mengadakan dua sesi untuk
pembelajaran,iaitu sesi pagi dan juga sesi petang.Awal tahun 1964 barulah
dikemukakan membina bangunan baharu ini.
keselamatan makmal komputer di sekolah
Antara keselamatan makmal di sekolah saya ialah kita tidak boleh menyentuh sebarang peralatan elektrik seperti suiz komputer.
2.dilarang mengetuk sebarang peralatan elektrik.
3.dilarang menggunakan komputer jika tangan basah.
4.pelajar dilarang membawa disket persendirian yang tidak dibenarkan oleh guru.
5.pelajar harus mengikut had masa yang ditetapkan oleh guru.
6.semua suiz haruslah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.
7.tingkap dan pintu makmal haruslah dipasng jeriji.
8.latihan kebakaran haruslah diadakan dua kali sebulan.
peraturan di makmal komputer sekolah saya
Antara peraturan-peraturan di makmal komputer sekolah saya ialah pengguna tidak dibenarkan masuk tanpa izin.
2.pengguna harus mengikut jadual waktu penggunaan komputer yang disediakan
3.pengguna dilarang membuat bising di makmal komputer
4.alat tulis yang dibenaran sahaja boleh dibawa
5.pengguna dilarang membawa makanan ke dalam makmal komputer
6.kasut dan beg diletak dan disusun di luar makmal komputer
7.pengguna harus menjaga kebersihan makmal komputer
8.pengguna harus mancatit nama di dalam buku log penggunaan komputer
9.pengguna dilarang melayari internet pada alamat yang tidak bermoral
10.pengguna dilarang membawa sebarang dokumen atau fail dari makmal komputer sekolah
Sunday, November 4, 2012
apakah itu enjin carian
Enjin carian ialah laman pengkalan data yang berfungsi untuk memberi maklum balas terhadap keyword atau frasa yang ke dalam ruangan yang disediakan enjin carian juga ialahsistem yang digunakan untuk mencari maklumat.Hasil carian akan dipaparkan pada SERP atau bahasa malaysianay ialah hasil muka carian dalam enjin carian.sesetengah enjin carian akan mengindeks nama kandungan sahaja,sesetengah enjin carian pula hanya akan memaparkan nama tajuk halaman sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)