1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri.
Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak
tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang
dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang
didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri
(study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu
waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun
tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan
selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas
selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji
sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah
akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar
atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak,
menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat
yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual
belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu
angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas
Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang
menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan
yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan
mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati
dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
0 comments:
Post a Comment