No,2 JalanP11A1/11
Presint 11,62300,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya.
Menemui saudari
Shasha yang berada di Kota Kinabalu,Sabah.Apa khabar saudari di sana?Semoga
saudari sihat selalu di samping keluarga tercinta.Kami sekeluarga di sini sihat
.
Saudari,
Tujuan saya
menghantar surat ini adalah untuk menceritakan tentang sekolah baru saya di
sini.Saya kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nanas,Kuala
Lumpur.Saya dimasukkan ke sekolah ini kerana bapa saya terpaksa berpindah
tempat kerja di Kuala Lumpur.Saya di sini amat merindui saudari.
Sahabatku yang
disayangi,
Pada mulanya,saya
berfikir yang saya tidak akan mendapat kawan baru di sini.Tapi,itu
salah.Kawan-kawan di sini amat peramah,baik hati dan bijak.Merekalah yang
membantu saya untuk menyesuaikan diri di sekolah itu.Saya amat suka pada mereka
kerana mereka melayan saya dengan baik.Saya amat menyenangi mereka.
Kelas di sini amat
bersih,cantik,selamat dan ceria.Kelasnya membuatkan saya lebih bersemangat dan
selesa untuk belajar.Murid-muridnya sangat sukakan kebersihan dan
kekemasan.Mereka akan mengutip sampah yang bertaburan.Mereka sering memenangi
anugerah kelas terbersih,tercantik dan terceria.
Saudari,
Sekolah ini juga
mempunyai bilik-bilik khas seperti makmal matematik,bilik muzik dan makmal
komputer.Makmal komputer di sini amat canggih.semua warga sekolah yang menggunakan kemudahan ini tidak menyalah gunakan
kemudahan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Kawanku,
Sampai di sini
sahaja saya menulis surat ini.Saya ingin meminta maaf andai kata tersilap
kata.Saya berharap awak akan mendapat kawan baru untuk menggantikan saya.
Sekian,terima
kasih.
4 comments:
Bagus.lain kali buat surat kiriman rasmi pulak.👏👏✍👍👍👍!
Assalamalaikum,
abng mak kata abng balik dak lagi dari sabah tu
Boek karangan..
Karangan yang Baik.
Terbaik
Post a Comment