Pada 30
tahun akan datang,kita akan dapat melihat pelbagai teknologi-teknologi yang
terbaru.Kebanyakan teknologi-teknologi tersebut akan dapat membantu kita dalam
melakukan tugasan harian.Teknologi-teknologi itu akan meringankan beban kita
dalam melakukan tugasan harian.
Antara
ciptaan yang dapat membantu kita melakukan tugasan harian ialah penyapu automatik.penyapu
automatik dapat membantu kita menyapu kerana kita tidak perlu memegang penyapu
untuk menyapu .Dengan adanya penyapu automatik,kita tidak perlu bersusah-payah
untuk menyapu kerana penyapu automatik mempunyai pengesan yang dapat mengesan
sebarang habuk.
Ciptaan
seterusnya ialah papan luncur terbang.Papan luncur terbang dapat memberikan
keseronokan kepada remaja yang gemar bermain papan luncur.Papan luncur terbang
juga dapat digunakan untuk pergi ke mana-mana sebagai kenderaan.
Selain itu,robot
pembantu juga dapat menolong kita melakukan kerja-kerja berat seperti
memasak,mencuci pakaian,membaiki kereta dan sebagainya.Robot pembantu diaktifkan
menggunakan tenaga suria dan tenaga
elektrik.Robot pembantu hanya perlu dicas sekali setiap 10 tahun.
Seterusnya
ialah pen automatik.Pen automatik dapat menulis apa sahaja yang kita fikirkan
dengan cepat.Jadi,pelajar tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyalin
nota atau menyiapkan kerja rumah.Pen ini dapat digunakan selama 7 tahun
sehingga ia rosak atau kehabisan dakwat.
Akhir sekali
ialah kereta selam.Kereta ini dapat digunakan di daratan dan di lautan.Kereta
ini tidak mengeluarkan asap jadi ia tidak akan merosakkan alam sekitar.Kereta
ini menggunakan tenaga alam semulajadi seperti tenaga suria,tenaga air,tenaga angin
dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment