Kesan persetian persekutuan
Terdapat pelbagai kesan daripada Persetiaan
Persekutuan 1895 terhadap negeri-negeri Melayu. Antaranya adalah pentadbiran
yang seragam, kemerosotan kuasa mutlak Sultan dan Residen, kemajuan
perkhidmatan sosial dan kemajuan dalam bidang ekonomi.
Kesan utama Persetiaan Persekutuan 1895 adalah
mewujudkan pentadbiran yang seragam.Kuasa baru iaitu Residen Jeneral telah
ditubuhkan bagi menggantikan sistem Residen yang lemah.Sir Frank Swettenham
merupakan Residen Jeneral pertama yang dilantik British untuk mentadbir
negeri-negeri Melayu Bersekutu.Residen Jeneral merupakan kerajaan pusat dimana
Residen Jeneral memiliki kuasa penuh dalam bidang pentadbiran.Bagi memudahkan
pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, sistem pertadbiran kastam,perhutanan,
hal-ehwal orang cina, kerja raya dan keretapi ditubuhkan.
Selain itu, kesan persetiaan persekutuan adalah
kemerosotan kuasa Sultan dan kuasa Residen.Sultan tidak lagi berkuasa mutlak
dan setiap Residen termasuk Ahli Mesyuarat Negeri pada setiap jajahan kini
diberikan panduan untuk mentadbir.Kesemua kuasa yang dimaksudkan kini tertakluk
kepada arahan Residen Jeneral. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam
dan adat resam Melayu.Manakala Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran
negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis
Mesyuarat Negeri pula kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.
Penubuhan Persetiaan Persekutuan juga telah
meningkatkan kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan
keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan
hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya.Contohya,
pentadbiran yang cekap telah membuahkan hasil apabila pelabur dari luar negara
berani membuat pelaburan justeru meningkatkan ekonomi Negeri Negeri Melayu
Bersekutu.Selain itu, kemudahan pengangkutan seperti pembinaan kereta api dan
jalan raya yang menghubungkan antara Negeri Negeri Melayu Bersekutuan juga
telah memudahkan urusan perdagangan.Oleh itu, kemajuan ekonomi dapat dicapai
dengan adanya sistem cukai yang seragam serta hubungan pengangkutan yang baik.
Kesan lain penubuhan Persetiaan Persekutuan
adalah mewujudkan kemajuan perkhidmatan sosial.Pihak British telah menubuhkan
kemudahan sosial seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan.Dalam bidang
pengangkutan, pembinaan kereta api pada tahun 1903 yang menhubungkan dari
Seberang Perai ke Seremban ke Johor Bahru.Dalam bidang pendidikan, beberapa
sekolah Melayu, Tamil, Cina serta Sekolah Inggeris diwujudkan bagi memberikan
pendidikan yang secukupnya kepada rakyat. Selain itu dalam bidang
kesihatan pula, beberapa buah Klinik turut dibuka.
Pengenalan dan latar
belakang perjanjian persekutuan
Negara Malaysia merupakan antara negara yang
mengamalkan konsep persekutuan yang kukuh dalam sistem pentadbiran negara.Konsep
Persekutuan (Federalisme) telah digunapakai sejak termeterainya perjanjian
Persetiaan Persekutuan pada 12 Julai 1895. Pada masa kini konsep Persekutuan
boleh dilihat dimana kesemua 14 negeri di Malaysia ditadbir dibawah satu
kerajaan pusat yang berpusat di Kuala Lumpur.Pertadbiran Persekutuan yang
diperkenalkan sejak zaman jajahan British ini telah memudahkan pentabdiran
Malaysia dibawah satu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dengan wujudnya dua
peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tiap-tiap
kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada
campur tangan orang lain. Selain itu, sistem pentadbiran persekutuan juga dapat
menjimatkan masa, kewangan, tentera serta pentadbiran yang lebih seragam.
Latar belakang Penjanjian Persetiaan Persekutuan
telah dimeterai sejak 12 Julai 1895 melibatkan beberapa negeri dibawah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Pahang, Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan.Keempat-empat jajahan British ini pada awalnya menggunakan sistem
Residen untuk mentaddir disetiap daerah.Namun kelemahan sistem residen telah
menyebabkan Sir Frank Swettenham (Residen Jeneral) mencadangkan penubuhan
kerajaan Persekutuan untuk mentadbir ke empat-empat jajahan takhluk dibawah
Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Dengan penubuhan Kerajaan Persekutuan, kuasa
Residen termasuk kuasa mutlak Sultan dimansuhkan.
Faktor pemeteraian
perjanjian persekutuan
Terdapat empat faktor utama yang menjadi punca
utama pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895. Antara 4 faktor tersebut adalah
Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen, Krisis Kewangan Pahang, Perkongsian
Perkhidmatan Pakar, Faktor Keselamatan dan Sistem Perhubungan.
Kelemahan sistem Residen antara salah satu
faktor terjadinya perjanjian Persekutuan 1895. Sistem Residen adalah meletakkan
satu kuasa petabdiran iaitu Residen bagi menggantikan kuasa Mutlak Sultan di
empat jajahan Bristish dibawah Negeri Negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor,
Pahang, Melaka dan Perak. Pada awalnya Residen memainkan peranan sebagai
penasihat Sultan. Dibawah sistem ini, Residen tidak diberikan panduan jelas
untuk menjalankan tugas mentabdir negeri Melayu. Justeru, menyebabkan Residen
lebih berkuasa menyebabkan Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal
mengawal kuasa Residen. Selain itu, pentadbiran setiap negeri tidak seragam
kerana mempunyai undang-undang sendiri. Contohnya di Perak, Residen J.W.W Birch
pada November 1874 telah dibunuh oleh orang melayu gara-gara beliau
melaksanakan undang-undang sendiri. Orang melayu tidak menyenagi JWW Birch
kerana Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri
yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang
Melayu dan Raja-raja Melayu.
Antara faktor lain adalah Krisis Kewangan Pahang.
Negeri Pahang terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana kebangkitan rakyat
menentang British.Selain itu juga, Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah
penduduk dan hasil bumi yang kurang.Dengan menggabungkan negeri Pahang dengan
negeri yang kaya, masalah kewangan dapat diringankan.Oleh itu, Britih telah
menggabungkan Pahang dengan Selangor, Perak dan Negeri Sembilan dibawah satu
kerajaan persekutuan.
Faktor keselamatan juga antara salah satu faktor
penyumbang kepada Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895.Kerajaan British
bercadang mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk
mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman kuasa luar dan dalam.Semasa
berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa
meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India. Oleh itu,
British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut.Kewujudan
pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British tanpa
meminta bantuan dari luar.
Perkongsian Perkhimatan
Pakar juga antara faktor yang membentuk persekutuan bagi negeri negeri melayu
bersekutu.British ingin mengabungkan negeri negeri Melayu agar dapat
menjimatkan kos tenaga pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor.Selain itu,
sistem perhubungan diantara negeri negeri Melayu Bersekutu dapat
dimajukan. Contohnya seperti pelaksanaan jalan raya dan kereta api boleh
dilaksanakan sekiranya pentadbiran persekutuan ditubuhkan.Ini kerana sistem
perhubungan hanya boleh berlaku jika ada persefahaman diantara dua buah kuasa.
0 comments:
Post a Comment