Monday, November 5, 2012

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

                       
 LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PETALING 1 DI KEM                WIRA JAYA SUNGAI CONGKAK
                                                                                                        
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2 november hingga 3 november 2012 bertempat di KEM WIRA JAYA SUNGAI CONGKAK. Seramai 27 orang pelajar telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali, gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.
Melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam pendidikan.
Unit Kokurikulum SKP 1 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit dapur gas.

DILAPORKANOLEH: (MUHD AIRIL FIKRI)

 TARIKH:6 NOVEMBER 2012

0 comments:

Post a Comment