Monday, December 17, 2012

Pergi ke Zoo Negara


 Pada hari ini 16/12/2012 saya sekeluarga telah pergi ke zoo negara.Saya melihat pelbagai haiwan di sana.Pada pukul 3.00 petang ada diadakan persembahan haiwan,saya melihat persembahan gajah di sana.Saya harap pada cuti yang akan datang saya dapat pergi ke zoo negara sekali lagi.

Monday, November 26, 2012

PULANG KE KAMPUNG

     Pada 23-11-2012 saya telah pulang ke kampung saya yang terletak di Johor .Saya berjumpa dengan saudara-mara saya di sana.Datuk saya ada membela lembu,kambing,angsa,ayam dan itik di sana.Pada 26-11-2012 saya telah pulang semula ke KUALA LUMPUR.Saya berasa seronok dapat melawat saudara-mara saya di kampung walaupun hanya untuk tiga hari.Saya harap pada cuti sekolah yang akan datang saya akan pulang semula ke kampung saya.

Monday, November 5, 2012

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

                       
 LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK PETALING 1 DI KEM                WIRA JAYA SUNGAI CONGKAK
                                                                                                        
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform kali kedua ini telah berlangsung dengan jayanya pada 2 november hingga 3 november 2012 bertempat di KEM WIRA JAYA SUNGAI CONGKAK. Seramai 27 orang pelajar telah menyertai perkhemahan tersebut. Biarpun perkhemahan kali ini diiringi dengan hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti tetap dijalankan sebagaimana yang dirancang. Antaranya ialah tali-temali, gajet, ikhtiar hidup, orienteering dan persembahan malam kebudayaan.
Melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan, pelajar dapat melatih diri untuk jangkamasa panjang. Pelajar juga mendapat pengetahuan dalam pelbagai bidang mengenai psikomotor, kognitif dan afektif terhadap alam sekitar dalam pendidikan.
Unit Kokurikulum SKP 1 ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Terima kasih juga kepada pihak Koperasi yang telah menyumbangkan satu unit dapur gas.

DILAPORKANOLEH: (MUHD AIRIL FIKRI)

 TARIKH:6 NOVEMBER 2012

sejarah sekolah petaling 1

                                                               SEJARAH

 
Sejarah Sekolah Kebangsaan Petaling 1 ini berhubung rapat dengan sejarah Kampung Petaling yang berada di antara Kuala Lumpur dan Kelang.Tempat perhentian sepanjang Sungai Kelang iaitu Batu Tiga lebih dikenali sebagai Damansara pada masa kini adalah antara kawasan terawal yang telah dibuka  sebagai kampung sebelum Kampung Petaling. Apabila penduduk kampung di kawasan Batu Tiga bertambah ramai, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah Melayu di sana pada tahun 1908.Pada masa itu kanak dari Kampung Petaling terpaksa ke Batu Tiga dengan meniki kereta api untuk bersekolah.
Namun,apabila penduduk Kampung Petaling bertambah ramai, mereka telah meminta Pejabat Pelajaran  Selangor supaya membina sekolah Melayu di Petaling.Tidak lama selepas itu, kerajaan Selangor telah membina sebuah sekolah di Petaling ini dengan menyewa sebuah rumah daripada Tuan Haji Baharudin yang berdekatan dnegan Perhentian Kereta Api  Petaling.
            Sekolah tersebut telah dirasmikan pembukaanya pada 7 April 1914 dan seorang Guru Besar iaitu Allahyarham Cikgu Kasim bin Lebai  telah ditugaskan mengajar . Hanya 9 orang murid lelaki sahaja yang mendaftar semasa pembukaanya.Kebanyakkan  murid–murid tersebut pernah ber sekolah di Batu Tiga sebelum perpindah ke sekolah ini.
             
           Selepas dua bulan beroperasinya sekolah ini, murid-murid telah bertambah kepada 56 orang.Pada akhir tahun 1914 jumlah murid telah meningkat kepada 58 orang.Antara 58 oreang murid pada tahun pertama itu,didapati 15 orng murid dapat menamatkan persekolahan Darjah 5,iaitu darjah tertinggi dalam Sekolah Melayu sebelum Perang dunia yang ke-2.
            Oleh kerana bangunan sekolah itu bangunan yang tetap yang bertempat  di Lot No.811 pada tahun 1916.Tapak bangunan ini letaknya di simpang tiga jalan iaitu Kuala Lumpur, Kelang dan Jalan Stesen Petaling bersetentang denagan Pejabat Pos  Petaling.
            Bilangan murid telah bertambah dari semasa ke semasa.Pada tahun 1926,bangunan yang sedia telah di tambah 50 kaki lagi menjadikan bentuk bangunannya seperti huruf “L”
            Selepas Perang Dunia yang ke-2,jumlah murid–muridnya telah berlipat kali ganda ramainya.Bangunan-bangunan yang sempit terpaksa di tambah lagi untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai.
            Oleh hal yang demikian, penduduk Petaling telah mendirikan beberapa buah sekolah sementara untuk menampung jumlah murid. Pada tahun 1948,sebuah bangunan 22x90kaki telah dibina.Pada tahun 1954,sebuah lagi bangunan18x28 kaki dibina.Pada tahun 1955 di tambah lagi sebuah bangunan dengan seluas 36x30 kaki.Pada tahun 1956,ketika itu sekolah Melayu telah mengadakan kelas percuma yang disebut “National Stream “ dan kerajaan telah menambah sebuah lagi bangunan untuk menampung kelas tersebut. Walaupun demikian,keadaan sekolah Melayu di Petaling ini masih  lagi sempit lagi sempit.
             Pada tahun 1960, didapati jumlah murid-muridnya telah meningkat kepada hampir 900 orang dengan bantuan guru seramai 36 orang.Oleh kerana bangunan sekolah ini sempit,maka sekolah telah mengadakan dua sesi  untuk pembelajaran,iaitu sesi pagi dan juga sesi petang.Awal tahun 1964 barulah dikemukakan membina bangunan baharu ini.

keselamatan makmal komputer di sekolah

            
    Antara keselamatan makmal di sekolah saya ialah kita tidak boleh menyentuh sebarang peralatan elektrik seperti suiz komputer.
2.dilarang mengetuk sebarang peralatan elektrik.
3.dilarang menggunakan komputer jika tangan  basah.
4.pelajar dilarang membawa disket persendirian yang tidak dibenarkan oleh guru.
5.pelajar harus mengikut had masa yang ditetapkan oleh guru.
6.semua suiz haruslah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.
7.tingkap dan pintu makmal haruslah dipasng jeriji.
8.latihan kebakaran haruslah diadakan dua kali sebulan.

peraturan di makmal komputer sekolah saya


Antara peraturan-peraturan di makmal komputer sekolah saya ialah pengguna tidak dibenarkan masuk tanpa izin.
2.pengguna harus mengikut jadual waktu penggunaan komputer yang disediakan
3.pengguna dilarang membuat bising di makmal komputer
4.alat tulis yang dibenaran sahaja boleh dibawa
5.pengguna dilarang membawa makanan ke dalam makmal komputer
6.kasut dan beg diletak dan disusun di luar makmal komputer
7.pengguna harus menjaga kebersihan makmal komputer
8.pengguna harus mancatit nama di dalam buku log penggunaan komputer
9.pengguna dilarang melayari internet pada alamat yang tidak bermoral
10.pengguna dilarang membawa sebarang dokumen atau fail dari makmal komputer sekolah

Sunday, November 4, 2012

Best Of Just For Laughs Gags - Funniest Gorilla and Mouse Pranks

Cuba Jangan Gelak Part 2 - Rifbook.com

Cuba Jangan Gelak - Rifbook.com

apakah itu enjin carian


  Enjin carian ialah laman pengkalan data yang berfungsi untuk memberi maklum balas terhadap keyword atau frasa yang ke dalam ruangan yang disediakan enjin carian juga ialahsistem yang digunakan untuk mencari maklumat.Hasil carian akan dipaparkan pada SERP atau bahasa malaysianay ialah hasil muka carian dalam enjin carian.sesetengah enjin carian akan mengindeks nama kandungan sahaja,sesetengah enjin carian pula hanya akan memaparkan nama tajuk halaman sahaja.

Thursday, October 25, 2012

pulang ke kampung

Pada hari ini 25.10.2012 saya telah pulang ke kampunng saya di machang kelantan .Saya berjumpa dengan semua saudara-mara saya di sana.Saya pulang ke kampung pada waktu malam.Saya melihat banyak pokok bunga ros di rumah makcik saya.Saya berasa gembira kerana akan dapat menyambut hari raya aidil adha di sini. 

Sunday, October 14, 2012

pergi ke putrajaya




pada hari ini saya pergi ke putrajaya.saya pergi ke sana bersama dengan ahli keluarga saya.Saya berasa sangat seronok kerana dapat pergi ke sana dengan semua ahli keluarga saya.

Friday, October 12, 2012

tips belajar


  1. Tentukan serta tetapkan mata pelajaran yang mahu dipelajari dan berapa lama tempoh masa dan tahap kuantiti pembelajaran. Contohnya bab, muka surat serta topik. Setkan tarikh akhir bagi memastikan semuanya selesai dipelajari.
  2. Lakukan terlebih dahulu pembelajaran bagi mata pelajaran yang lebih sukar difahami hingga kepada mata pelajaran yang mudah dikuasai. Sebagai langkah permulaan, perkara ataupun topik yang paling menarik dalam sesuatu mata pelajaran ditelaah terlebih dahulu. Cara ini dapat memupuk minat seterusnya kepada perkara ataupun topik yang sebelum ini tidak diminati oleh pelajar.
  3. Pelajar perlu memilih tempat yang dapat menarik semangat dan minat belajar. Faktor cahaya lampu perlu dipastikan supaya tidak malap ataupun gelap sehingga menjejaskan penglihatan anda. Begitu juga elakkan daripada suasana riuh dan bising serta panas yang dapat mengganggu konsentrasi atau tumpuan belajar.
  4. Belajar dalam lingkungan jangka masa antara 50 hingga 60 minit dan beri minda dan badan anda berehat selama lebih kurang 10 minit hingga 15 minit. Pelajar juga boleh melakukan gerakan regangan ataupun senaman bagi mengembalikan kecergasan anda semula. Dalam masa berehat itu, pelajar juga boleh menikmati sedikit juadah minuman ataupun berkomunikasi sejenak bersama rakan, ahli keluarga dan individu yang rapat dengan pelajar.
  5. Apabila berasa penat ataupun jemu, pelbagaikan cara pembelajaran. Baca mata pelajaran lain ataupun tukar suasana persekitaran belajar. Hentikan proses pembelajaran apabila fikiran anda sudah tidak berupaya menerima ilmu secara terus. Sambung semula apabila minda sudah bersedia kembali.
  6. Ulang dan ingat semula apa yang anda pelajari dengan lengkap dan teratur.
  7. Berusaha belajar bersama rakan-rakan supaya saling dapat menyoal dan menguji antara satu sama lain. Buat perbandingan nota anda dengan rakan lain dan kerap membuat latihan dan ramalan mengenai soalan peperiksaan.
Sebenarnya dalam banyak-banyak tips di atas ini, no 7 memang sukar dilaksanakan memandangkan sukar ingin buat study group dengan pelajar OUM  dan digantikan dengan online forum dalam sistem myVLE. Itu pun tidak semua pelajar dapat berbincang bersama-sama. Yang mana aktif sahajalah yang rajin utarakan soalan atau menjawab soalan di dalam online forum selain daripada e-tutor.

Untuk tips yang no 2, selalunya Mia lebih suka baca mata pelajaran yang paling digemari sebab akan cepat habis dan mudah difahami, Kemudian barulah Mia baca mata pelajaran yang susah. Bagi Mia, bila susah dan kompleks, kena peruntukkan lebih masa dan beri tumpuan yang mendalam. Kalau tak serius memang susahlah nak faham.

Tips no 4 pula, di kala waktu rehat belajar, Mia selalunya akan membuat sesuatu yang menggembirakan hati.  Contohnya update blog ke... tengok video muzik ke.. Masa belajar Mia yang paling berkesan ialah di waktu awal pagi macam ni. Kadang-kadang tu buat kerja-kerja rumahtangga ke... terpulang. Lepas tu barulah sambung belajar semula.

Tips no 5, wajib ambil perhatian yang serius bila agak-agak kepala ini dah tepu, dah tak boleh masuk lagi. Bila baca lepas tu terfikir apa benda yang dibaca ini... Itulah tanda-tanda  harus hentikan proses pembelajaran. Jangan paksa diri untuk habiskan belajar juga. Belajar di kala otak sedang letih dan penat akan merugikan diri sebab semuanya tidak akan dapat diingati. Berhenti sahaja dan buatlah kerja lain yang patut.

Bila belajar ini. kita kena pandai sesuaikan tips-tips di atas dengan cara yang paling kita selesa. Yang penting kita belajar.. Semoga berjaya dalam peperiksaan nanti... Good luck!

tips belajar


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar  

Friday, September 28, 2012

pergi ke genting hightlands

Pada cuti yang lepas saya telah pergi ke genting,saya pergi ke genting dengan menaiki kereta.Semasa dalam perjalanan ke sana saya termuntah-muntah kerana perjalanan ke sana bengkang-bengkok jadi saya muntah. semasa berda di genting saya bermain permainan yang ada di sana.Saya menggigil kesejukan kerana genting berada di atas gunung.Saya berasa sangat seronok sekali.

Monday, September 17, 2012

hari raya di kampung

Pada hari raya yang lepas saya pergi ke kampung di johor,saya pergi beraya bersama semua anggota keluarga saya di sana.Saya berasa sangat seronok kerana dapat beraya bersama keluarga saya di sana.Pelbagai juadah yang dimasak di sana antaranya ialah:lemang,ketupat,rendang,sate dan kek coklat.Air nya pula ialah air sirap dengan air gas sahaja.Saya pergi melawat ke rumah makcik saya di felda johor.

Friday, August 10, 2012

hari raya

airilfikri: hari raya: Pada   hari raya nanti saya akan pulang ke kampung tengah layang-layang yang terletak di johor Saya akan pulang ke kampung pada 17.8.2012.p...

Tuesday, July 17, 2012

ubsr sudah dekat

pada 25 hinga 27 saya ada ubsr saya nak belajar bersungguh mulai hari ini.Saya nak dapat skor A+ dalam ubsr nanti.Saya harap ujian nanti tidak susah sangat.

Sunday, July 15, 2012

pergi ke i.c.t

pada 14.7.2012,saya telah pergi ke i.c.t di shah alam.saya telah bermain pirateship,roda feries,baling gelung dalam cawan dan tangkap itik.saya telah berjumpa dengan aliff sufu di sana.