Thursday, February 14, 2013

sains/interaksi antara hidupan

   PERSAINGAN

1. Persaingan ialah satu interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad

persaingan antara haiwan
 
1. Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan yang berlainan spesies.
2. Faktor-faktor yang menyebabkan persaingan antara haiwan ialah:
a-makanan
b-air
c-pasangan
d-tempat perlindungan
3. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan dan air terhad.
4. Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies. Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim mengawan.
5. Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan memerlukan tempat perlindungan dan ruang untuk hidup.
6. Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber menjadi semakin terhad.
7. Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai sumber di suatu habitat.
8. Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.
 persaingan antara tumbuhan
1. Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang.
2. Persaingan menjadi lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu kawasan.
3. Kesan persaingan antara tumbuhan:
a-Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.
b-Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.

0 comments:

Post a Comment