Wednesday, March 12, 2014

MH370 HILANG

         Berita terkini pesawat MAS MH370 hilang pada Khamis 13 Mac 2014. Misi pencarian MH370 sudah pun memasuki hari ke enam manakala operasi cari dan menyelamat pesawat tersebut masih lagi diteruskan. Setakat ini, sebarang petanda mengenai kedudukan terkini pesawat MH370 yang hilang masih lagi gagal dikesan.
hari-6
Satelit China Kesan 3 Objek Disyaki Pesawat MH370
Satelit negara China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 – MH370 Sabtu lalu. Menurut laporan berita saluran CNN itu, objek-objek  terabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter. Agensi Penguat kuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370.
satelit
Mayat Ditemui Di Selat Melaka Bukan Penumpang MH370
Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu. Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara. Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.
Misi Pencarian Hari Ke 6 Masih Lagi Diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan pada hari ke enam (13 Mac 2014). Operasi pencarian kini diperluaskan sehingga 27,000 batu nautika melibatkan perairan Laut China Selatan (14,440 batu nautika) dan Selat Melaka (12,425 batu nautika).  Sebanyak 12 negara turut terbabit dalam operasi tersebut dan yang terbaharu melibatkan penyertaan India, Jepun dan Brunei.
Tiada Sebarang Petunjuk MH370
MAS
Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370. sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS. Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.
Objek Rakit Bukan Milik Pesawat MH370
  • mh370


    • MAS Fokus Jaga Kebajikan Keluarga Penumpang
      Fokus utama Malaysia Airlines (MAS) kini ialah menjaga kebajikan keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370 dengan menyediakan maklumat terkini, kemudahan pengangkutan, tempat penginapan, makanan, perubatan dan sokongan moral kepada mereka. MAS dalam kenyataan hari ini, berkata  sebanyak 115 keluarga berada di ibu negara dan keperluan mereka dijaga oleh 72 pembantu selain penterjemah bagi keluarga dari China.


      Sumber: Berita Terkini Pesawat MAS MH370 Hilang 13 Mac 2014 | melvister.com 

      0 comments:

      Post a Comment